Students Save 30%! Learn & create with unlimited courses & creative assets Students Save 30%! Save Now
Advertisement
  1. Computer Skills
  2. OS X
Computers

Tip Singkat: Masukkan Tandatangan Secara Digital Ke Dalam Dokumen Menggunakan Preview

by
Difficulty:BeginnerLength:ShortLanguages:
This post is part of a series called Going Paperless.
Getting Started with Microsoft OneNote
How to Edit a PDF for Free Anywhere

Malay (Melayu) translation by Muhammad Nabil (you can also view the original English article)

Preview di OS X Lion dan Mountain Lion menyertakan ciri-ciri hebat untuk menandatangani dokumen digital tanpa perlu mencetaknya terlebih dahulu. Dalam tutorial ringkas ini, saya akan menunjukkan kepada anda cara untuk capture dan mendigitalkan tandatangan anda supaya anda boleh memasukkannya  ke dalam dokumen mana-mana yang semasa ini anda hantar lewat email yang mungkin perlu ditandatangani.


Screencast


Tip Singkat: Masukkan Tandatangan Secara Digital Ke Dalam Dokumen Menggunakan Preview

Langkah 1. Buka Dokumen

Pertama, buka dokumen yang anda perlukan untuk sign in ke Preview. Walaupun ia mungkin berupa PDF, anda boleh menambah tanda tangan kepada sebarang jenis fail yang boleh dibuka Preview.

Open a document to sign in Preview.
Buka dokumen untuk sign in ke Preview.

Langkah 2. Buat Tandatangan

Setelah anda membuka dokumen yang anda perlu tandatangan, klik Preview > Preferences menggunakan bar menu, dan pilih Signatures.

Signatures are managed directly in Preview.
Tandatangan diuruskan secara langsung dalam Preview.

Klik butang + atau Create Signature dan tingkap Signature Capture akan muncul.

Preview mendigitalkan tandatangan menggunakan kamera FaceTime anda. Dengan menulis tandatangan anda pada sekeping kertas putih kosong dan menahannya ke kamera, Preview boleh membuat versi berasaskan vektor daripadanya.

Preview captures a signature using the Mac’s FaceTime camera.
Preview menangkap tandatangan menggunakan kamera FaceTime Mac.

Langkah 3. Gunakan Tandatangan Anda

Kini tandatangan anda sudah didigitalkan, sudah tiba masanya untuk menambah itu ke dokumen.

Dari bar menu, pilih Tools > Annotate > Signature. Bar annotation dalam Preview akan muncul, yang akan memberikan pilihan untuk memasukkan tandatangan anda.

Selepas anda memilih annotation Signature, klik sahaja dan drag di mana sahaja anda perlu memasukkannya. Tandatangan boleh diperkecilkan dan diubah saiz sebelum dimasukkan. Dan kerana ia berasaskan vektor, ia boleh diubah kecil atau lebih besar saiznya  yang anda perlukan dan kualitinya tetap sama.

Inserting a signature is just a case of click and dragging.
Memasukkan tandatangan hanyalah perkara klik dan drag.

Penutup

Keupayaan tandatangan Preview adalah unsur yang tidak benar-benar melonjak ketika OS X Lion keluar. Ia adalah satu daripada feature yang berfungsi hanya satu tujuan, tetapi ia melakukannya dengan baik sehingga benar-benar senang saat digunakan.

Digitalisasi tandatangan anda menyelamatkan masa dan kertas! Jika anda sudah mengimbas tanda tangan anda menggunakan pengimbas tradisional dan menyimpannya sebagai imej, saya sangat mengesyorkan bertukar ke Preview. Di samping kualiti yang lebih baik, Preview telus (transparent) sepenuhnya jadi jika anda perlu menandatangani dokumen yang tidak di atas kertas putih, ia masih akan berfungsi dengan baik.

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.